Friday, May 21, 2010

Value Management (Pengurusan Nilai) - Sebuah Pendekatan Praktikal Dalam Perlaksanaan Projek Kerajaan.

Saya berpeluang untuk menghadiri bengkel pengurusan nilai yang dianjurkan secara usahasama diantara UiTM (Pejabat Pembangunan) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) terhadap sebuah projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di UiTM Shah Alam bermula pada 16 Mei 2010 sehingga 19 Mei 2010. Hasil daripada bengkel tersebut kami (UiTM dan EPU) berjaya membuat penjimatan sebanyak 7% daripada kos keseluruhan projek dan dalam masa yang sama kami berjaya mengoptimakan kehendak dan keperluan pengguna ke tahap maksima.

Bengkel tersebut dihadiri sendiri oleh Datin Hajah Ir. Mariyam Ismail, Pengarah Seksyen Pengurusan Nilai, Ir. Kharizan Timbalan Pengarah I, En. Mohd. Hazrin, Timbalan Pengarah II dan juga En. Che Izam Abu Noh, Pengarah Pejabat Pembangunan,UiTM dan En. Alias Taib, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM. Disepanjang berlangsungnya bengkel tersebut, ia berlaku dalam suasana harmoni walaupun terdapat beberapa ketika berlaku perdebatan dan perbahasan yang panas dalam mempertahankan idea dan pendapat masing-masing.

Kesimpulannya, bengkel ini boleh dikatakan berjaya dan saya mencadangkan kepada EPU untuk melaksanakan Value Management untuk semua projek yang diluluskan oleh EPU kerana ia banyak menguntungkan kerajaan, rakyat dan pengguna. Tahniah diucapkan kepada urusetia kerana berjaya melaksanakan bengkel tersebut dengan jayanya walaupun terpaksa meninggalkan keluarga sehingga lewat malam.